Rakyat Malaysia selesa dengan sesi persekolahan pada Januari memandangkan ia telah dilaksanakan sejak dulu lagi.<br /><br />Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berpandangan, tidak menjadi masalah sekiranya sesi persekolahan dikembalikan semula ke Januari 2024.
